Wednesday 7 December 2011

RPH Pendidikan Moral Tahun 5

RANCANGAN MENGAJAR HARIAN PENDIDIKAN MORAL
Mata Pelajaran                      :  Pendidikan Moral
Tahun                                      :  5
Tarikh                                      :  20 Oktober 2011
Hari                                         :  Rabu
Masa                                       :  8.00 pagi – 9.00 pagi
Jangka Masa                         : 1 jam (60 minit)
Bilangan murid                      :  21 orang
Bidang                                    :  Nilai berkaitan dengan perkembangan diri
Nilai                                        :  Kepercayaan kepada Tuhan
Tajuk                                       :  Menghormati agama lain
Pengetahuan sedia ada       : Murid telah mempelajari tentang pegangan agama masing-
                                                  masing.

Hasil pembelajaran              : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat ;
                                                                                               i.               Menceritakan tentang agama masing-masing dan tempat
                                                         beribadat  mereka.
                                                                                             ii.              Menyenaraikan anutan agama yang terdapat di Malaysia.
                                                                                             iii.             Mengemukakan idea atau pendapat tentang cara 
                                                         menghormati agama lain.

Gabungjalin                           :  Muzik, Pendidikan Islam
Unsur KBKK                         :  Membuat Inferens
Pendekatan                          :  Pendekatan perkembangan nilai kognitif dan pembelajaran     
                                                  koperatif.

Strategi                                  :  Pemusatan murid dan bahan
BBM                                       :  Gambar, Lagu Hari Raya, Tahun Baru Cina dan
                                                   Deepavali, Video Hari Raya, Tahun Baru Cina dan
                                                   Deepavali, kertas manila.

PERKEMBANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

LANGKAH
ISI
PELAJARAN

AKTIVITI GURU

AKTIVITI MURID

CATATAN

Set Induksi
(10 minit)
Sambutan perayaan pelbagai kaum di Malaysia.
Guru menayangkan video tiga sambutan perayaan utama di Malaysia.

a.  Agama apakah yang dianuti dalam video tersebut?
b.  Mengapakah kita perlu menghormati agama-agama di Malaysia?
c.   Bagaimanakah cara untuk menghormati agama lain?

Guru mengaitkan video dengan tajuk pelajaran yang akan diajarkan.
Murid menonton video dan cuba memahami kandungan video yang ditonton.

                                      















Murid  memahami hubungan video tersebut dengan tajuk yang akan diajar oleh guru.

BBM
Video
Langkah 1
(15 minit)

Agama dan tempat ibadat
Guru meminta beberapa orang murid daripada pelbagai kaum untuk menceritakan agama masing-masing dan tempat ibadat serta perayaan.

a.  Mengapa manusia memerlukan agama dalam hidup?
b.  Mengapa perlu menyambut perayaan?

Guru membuat kesimpulan daripada jawapan pelajar dan menerangkan 3 anutan agama yang utama di Malaysia dan tempat ibadat bagi agama tersebut.
Murid mendengar dan mencatat isi penting daripada apa yang diceritakan oleh rakan.



                       

                                         










Soal jawab dari murid jika kurang faham dan membuat catatan hasil daripada penerangan guru.




BBM
Muzik latar iaitu lagu Hari Raya, Tahun Baru Cina dan Deepavali.


Langkah 2
(20 minit)

Gambar-gambar yang berkaitan dengan agama dan tempat ibadat.



G   Gambar berkaitan pakaian tradisi setiap kaum.

Guru meletakkan gambar-gambar yang berkaitan dengan mencampur-campurkan gambar tersebut.
Murid dibahagikan kepada lima kumpulan dan wakil setiap kumpulan dikehendaki mengambil kad gambar tersebut dengan memadankan pada sudut papan hitam.


Murid dikehendaki mencantumkan gambar pakaian tradisi kaum berdasarkan jigsaw puzzle
BBM
Gambar rumah ibadat, pakaian tradisi setiap kaum.
Langkah 3
(10 minit)

Kepentingan menghormati agama orang lain



Guru menerangkan kebaikan menghormati agama orang lain dalam konteks negara Malaysia yang pelbagai kaum.


Murid diminta memberikan pendapat masing-masing daripada aktiviti yang dijalankan.

Contoh jawapan
1.toleransi
2.menghormati
3.bersatupadu
Penerangan

Bersoal jawab
Penutup
(5 minit)
Rumusan.







Video lagu Hari Raya.



Aktiviti mewarna.
Guru meminta wakil murid membuat rumusan mengenai kepentingan menghormati agama lain

Guru mengajak murid menyanyikan lagu tersebut.


Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan dan mengedarkan kertas manila pelbagai warna.

Kad terbaik akan dipaparkan di papan kenyataan di dalam kelas.

Murid membuat rumusan secara ringkas dan padat mengenai kepentingan menghormati agama lain




Murid menyanyikan lagu tersebut dengan edaran lirik lagu oleh guru.


Murid mencipta kad ucapan Selamat Hari Raya untuk keluarga mereka dan menyiapkan di rumah masing-masing.

Rumusan murid






BBM
Video



BBM
Edaran kertas manila




 Lampiran



Lagu Hari Raya



Saya menayangkan Video Perayaan Utama di Malaysia ini kepada murid-murid.

       
    
                               
  Pakaian Tradisional Pelbagai Kaum

Baju Melayu


Cheongsam

Sari


       
  

LEMBARAN KERJA


Jawab semua soalan.
Baca dan bulatkan jawapan yang betul.


1. Mei Lin berbangsa Cina, kamu patut menghantar …………………. kepadanya.

  1. kad Selamat Hari Raya
  2. kad Selamat Hari Deepavali
  3. kad Selamat Tahun Baru Cina
  4. kad jemputan


2.  Raju pergi ke kuil untuk bersembahyang.  Apakah agama yang dianuti oleh Raju?

  1. Islam
  2. Hindu
  3. Buddha
  4. Kristian
Orang Melayu – menyambut Hari Raya
Orang Cina – menyambut Tahun Baru Cina
Orang India – menyambut Deepavali










3. Keterangan di atas menunjukkan bahawa rakyat Malaysia diberi kebebasan untuk 
  1. mengamalkan agama masing-masing
  2. mengamalkan kepercayaan masing-masing
  3. mengamalkan adat resam masing-masing
  4. mengamalkan kebudayaan masing-masing


View more presentations from Nur Ayen Nisha Abdullah.



Refleksi
Pengenalan

Pada 20 Oktober saya telah mengajar tajuk Menghormati Agama lain kepada murid Tahun 5 bagi matapelajaran Pendidikan Moral. Terdapat 21 orang murid di kelas ini dan majoriti mereka berbangsa bidayuh. Saya telah mempunyai pengalaman selama 3 tahun mengajar matapelajaran Pendidikan Moral sepanjang perkhidmatan saya sebagai seorang guru.

Kekuatan
Selepas melakukan sesi pengajaran dan pembelajaran, saya dapati murid menunjukkan minat yang mendalam apabila kita sebagai guru menggunakan pelbagai strategi dan kaedah dalam pengajaran. Contohnya dalam sesi pengajaran yang saya lakukan, saya telah menggunakan video dan gambar bagi menarik perhatian murid. Murid memberi kerjasama dengan baik apabila saya menayangkan video perayaan utama di Malaysia. Mereka memberi perhatian yang sepenuhnya apabila video itu ditayangkan. Murid juga seronok apabila saya menunjukkan slideshare tentang tempat beribadat di Malaysia. Saya berasa seronok kerana murid memberi kerjasama dan respon yang baik sepanjang sesi p&p dijalankan.


Kelemahan
Setiap adanya kekuatan setiap sesi p&p, pasti adanya kelemahan. Semasa menjalankan aktiviti kumpulan untuk membuat kad perayaan, saya telah meluangkan banyak masa bagi 2 buah kumpulan dan ini menyebabkan saya tidak mempunyai masa yang cukup untuk membantu kumpulan lain. Selain daripada itu, keadaan kelas juga menjadi kurang terkawal kerana murid bergerak bebas di dalam kelas.
Langkah mengatasi
Bagi mengatasi pembahagian masa untuk memantau kerja murid, saya seharusnya membahagikan kumpulan murid yang terdiri daripada pelbagai kebolehan di dalam satu kumpulan bagi membolehkan mereka bekerjasama di antara satu sama lain. Selain daripada itu, saya juga perlu menetapkan peraturan di dalam bilik darjah supaya keadaan kelas dapat dikawal walaupun dalam keadaan mereka seronok membuat kerja.

No comments:

Post a Comment