Wednesday 7 December 2011

Rancangan Pengajaran Dunia Muzik Tahun Satu



Mata Pelajaran                : Pendidikan Muzik
Kelas                                : Tahun 1
Hari/Tarikh                       : Isnin /  5 September 2011
Masa                                : 30 Minit (12.30-1.00 petang)
Fokus                               : Ekspresi:- tempo cepat dan lambat
Standard Kandungan     : Pengalaman Muzikal
                                           1. Menyanyi pelbagai repertoir secara solo atau berkumpulan.
                                           2. Membuat gerakan mengikut muzik.
Standard Pembelajaran  :1. Menyanyi mengikut tempo cepat dan lambat.
                                             2. Membuat gerakan berdasarkan dinamik, pic, tempo dan bunyi.
Objektif Pengajaran         :Pada akhir pengajaran murid dapat :
                                            1. Menyanyi Lagu Selamat Pagi mengikut tempo.
                                            2. Menepuk detik Lagu Selamat Pagi.
Pengalaman Sedia Ada  : Murid pernah menyanyi lagu kanak-kanak.
Bahan Bantu Mengajar    : CD 1 : Track 01 (Selamat pagi-vokal)
                                             Track 2 ( Selamat pagi-instrumental)
                                              Kad ikon : askar dan orang tua
Penerapan Nilai               : Berdisiplin-mengikut arahan
Kemahiran Berfikir           : Membezakan tempo cepat dan lambat
EMK (Elemen
Merentas Kurikulum)        : Kreativiti
                                              Menyanyi dengan mengubah tempo secara kreatif.



Masa/Langkah

Isi Kandungan

Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran

Strategi P&P/ABM/Nilai


Set induksi
(5 minit)

Tempo cepat dan lambat

    1. Guru mempamerkan
        gambar askar.

     2. Guru meminta murid
          menunjukkan cara
          askar berkawad.

 Murid berkawad seperti  askar.

    3. Guru mempamerkan
        gambar orang tua.

    4. Guru mempamerkan
        gambar orang tua  
        berjalan.

     5. Guru meminta murid
         menunjukkan orang   
          tua berjalan.

     6. Murid berjalan seperti
         orang tua.

     7. Guru menyoal murid.
   Contoh:
Apakah perbezaan antara cara askar berkawad dengan orang tua berjalan?
Andaian jawapan : askar berkawad cepat. Orang tua berjalan lambat.


Gambar askar berkawad













 




  •         Kemahiran berfikir : Membanding beza


Langkah 1
(10 minit)

Menepuk detik      

    1.  Murid mendengar


     dan     memberi tumpuan kepada lagu       Selamat Pagi.

    2. Murid mendengar dan
        menepuk detik   lagu
     Selamat Pagi                 dengan bimbingan guru.
 (Catatan:guru
    mempelbagaikan   
   aktiviti menepuk detik
   seperti  menepuk
   peha, bahu dan pipi).



       
                CD 1 Track 01




               CD 1 Track 2

Langkah 2
( 10 minit )

Menyanyi mengikut tempo

     1. Guru membimbing

         murid nyanyikan    lagu
         Selamat Pagi.

     2.  Murid menyanyikan
          lagu Selamat Pagi
          mengikut tempo.


             CD 1 Track 01


        

            CD 1 Track 02

Penutup
(5 minit)


    1. Guru berbincang bersama murid tentang  perubahan tempo yang dialami semasa menyanyi dan membuat gerakan.




Lagu Selamat Pagi Tahun Satu KSSR




Refleksi

Pengenalan.
Saya telah mengajar pelajaran muzik bagi Tahun Satu selama 2 tahun. Namun tahun ini kurikulum pendidikan muzik telah diubah kepada Dunia Muzik di bawah program KSSR. Perubahan program KSSR banyak perbezaannya berbanding dengan program KBSR terutamanya bagi matapelajaran muzik. Terdapat 24 orang murid di dalam kelas Tahun Satu.


Kekuatan
Sepanjang sesi p&p dijalankan murid memberi kerjasama dengan baik. Mereka memberi respon dengan baik setiap kali saya menyoal mereka. Selain daripada itu, 90% murid dapat menepuk detik dengan pelbagai cara dengan betul. Murid-murid juga seronok apabila saya memainkan CD Lagu Selamat Pagi. Ini adalah disebabkan lagu ini mempunyai irama yang agak rancak. Murid suka kepada keadaan yang ceria kerana ini akan mendorong kepada mood mereka untuk belajar sesuatu yang baru. Murid juga seronok apabila saya menyuruh mereka menepuk detik dengan pelbagai cara. Terdapat juga beberapa orang murid yang kreatif di mana mereka menggunakan anggota badan untuk menepuk detik.


Kelemahan
 Sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran diadakan saya menghadapi masalah untuk mengawal kelas kerana murid-murid tahun satu sangat aktif dan mereka sentiasa bergerak di dalam kelas. Saya juga mengalami masalah semasa menunjukkan cara menepuk detik kerana murid tidak memberi perhatian.




Langkah Mengatasi
Saya harus bersikap tegas sedikit dengan murid bagi membolehkan mereka mendengar arahan yang diberi. Selain daripada itu, saya juga kena mempelbagaikan cara untuk menepuk detik kepada murid supaya mereka dapat mengikuti pelajaran dengan baik.

















 


















uzik

1 comment:

  1. Best Las Vegas Casinos & Gambling Apps - Mapyro
    Las Vegas, NV United States - Use the 대전광역 출장마사지 map to 밀양 출장안마 easily see 영주 출장안마 all the casinos and gambling places you 공주 출장샵 can find in Las 강릉 출장안마 Vegas.

    ReplyDelete